Tuesday, October 11, 2011

CINTA KITA MILIK KITA

BAB 1
Gadis molek yang berada di bangku panjang  berwarna coklat itu merengus geram. Agak lama dia menunggu di situ,
namun kelibat orang yang dirindunya masih tidak kelihatan. angin yang sedang bersepoi-sepoi pada pagi itu cuba bermain dengan rambut. sesekali dia meraut rambutnya . jam ditangan di lihat seketika ..
         Masih belum tampak lagi kekasih hati perawang jiwa. lalu dia sudah bertekad untuk teruskan dentinasinya.tiba-tiba dia terasa lengannya disambar sesuatu. terus senyum bercorak di  bibir merahnya yang mungil itu. belum sempat dia menoleh TIBA-TIBA
        ADIRA ZULAIKA BANGUN CEPAT !!!!!!! jeritan nyaring yang diterima terus membuatkan dirinya terjatuh dari atas katil yang bersaizkan queen. cepat sahaja matanya berasa cergas. 'yeye.. dira dah bangun ni'. jawab gadis molek tersebut
'tulah kamu, siapa suruh tidur lewat kang dah bangun lewat, dah besar panjang pun bangun kena ada orang kejutkan nak jadi apalah kamu n ie, bangun cepat tak pasal-pasal lambat pula kamu nak pergi kerja'hish anak dara macam tak ada, pemalas betul,  tengok bilik dia, YA ALLAH bersepah. ADIRA ZULAIKA!!! pot pet pot pet pot pet ..............."
        'ala mama nie.. nanti dira kemasla. semalam dira cari earphone tak jumpa. tu yang sepah sikit bilik ni' jawab adira zulaika sambil tersenyum menayangkan giginya yang putih bersih itu.'yelah, kamu ni. cepatlah pergi mandi tak pasal-pasal tak  dapat makan sarapan pagi,nanti kawan kamu dah datang melepasah pula sarapan kamu' bebel puan linda.
       "mama ni, potong line lah. tadi baru dira memimpikan bakal suami dira, mama dah kacau tak berpeluang lagilah dira nak tengok muka dia, aduhai.. malang sungguh nasib adinda' adira zulaika membuat riak sedih. sambil tangannya pantas mencapaikan tuala yang tersedia tersangkut itu.
       'dahlah, kamu ni.. pagi-pagi dah cakap bukan-bukan. bakal suamilah sangat umur dah bertangga 21 tahun. bakal teman lelaki pun mama tak nampak' bebel puan linda. adira zulaika hanya senyum sahaja. namun hatinya masih tidak berpuas hati
       lelaki yang selalu muncul dalam mimpi sering membuat akalnya tertanya-tanya. lelaki itu sering memberi ros merah tatkala mereka bertemu. pasti hatinya akan terasa tenang. namun bila tiba masa untuk melihat wajah bersih lelaki itu ..  pasti dia akan terjaga dari alam mimpi bila ditanya ibunya. ibunya akan menjawab hanya mainan tidur. namun hatinya
tetap keras memberitahu bahawa manusia itu wujud.
      hanya masa yang mampu membuat pertemuan mereka. adira zulaika mengemaskan rambutnya. secalit lip glass diletakkan dibibirnya. di pandang wajahnya sudah berpuas hati barulah rutin hidupnya bermula. beg tangannya yang diberikan hadiah oleh ibunya dicapai. terus kakinya pantas menuju ke  arah meja makan yang tersedia
      'morning papa' ucapan diberikan kepada ayah tersayang.'morning sayang, bangun lewat lagi ke, mesti mama bebelkan'jawab encik haidar.'a.a macam la papa tak kenal mama'tangannya lincah meletakkan jem kegemarannya di atas roti.encik haidar hanya gelengkan kepala. itulah perangai istrinya. pantang tengok anak dara bangun lewat. pasti tirai pagi akan dibuka.
       'papa,papa tahu tak semalam dira mimpi lelaki tu lagi. dia bagi dira bunga ros. yang dira pelikkan papa. masa dira nak tengok je muka dia. pasti mama suruh bangun, bunyi telefon le. jam.. hish.. susahlah papa. tapikan yang dira terlebih pelik pula. dira akan jumpa lelaki dekat taman yang dira suka pergi.'
       'ye ke, kesian kat anak papa, tak dapat nak tengok calon suami. tapikan dira, betul ke lelaki tu wujud. macam tak logik pula.'hish papa ni. trust to me la....  dira confirm lelaki tu wujud, cuma masa je yang tak izinkan' sambung adira zulaika. 'aiii... gosip apa pulak pagi ni, kutuk mama ye' sampuk puan linda yang baru sampai dari dapur.'[mama nji, takkan lah dira nak kutuk mama. dira cuma cakap yang lelaki dalam mimpi dira tu, datang lagi' adira meneguk air susu buat mama tersayang.
         'dira nikan, jangan lah merepek ,manalah wujud lelaki dalam mimpi dira tu, lelaki tu cuma permainan tidur je dan abang pun satu, percaya sangat cakap  anak kesayangan dia. bagi sangat harapan palsu. macamlah lelaki tu abang kenal' tegas puan linda.'aii... abang pula yang kenal, kalau abang kenal tak pe. boleh abang jodohkan.  sedang sikit kerjanya tak payahlah dira mimpikan dia lagi.
        'kalau macam tu, abang kawinkan le dira ni dengan anak kawan abang... kita jodohkan.. bolehlah mama timbang cucu' adui.. tak sabarnya.puan linda mula me,mbina harapan tinggi dan ayat yang digunakan oleh puan linda membuatkan mata adiara zulaika bulat memandangnya.
          'hish.. taknak lah dira. dira tetap nak tunggu relaku menunggumu.'jawab gadis  itu.'kalau dira tak nak sangat nak kawin mama akan tetapkan dira dengan anak kawan papa tu apa nama dia... jais.. hahha.. pandan sangat dengan dira'sampuk puan linda. 'hish.. taknak lah dira.. dah lah kurus. malas pulak tu. harap je papa dia jawatan tinggi anak dia hampeh'.. 'amboiii.... banyak pula cakap.. dahlah pukul bape nie. bila nak pergi kerja..'hiiiii.. sori forget.. ok lah mama papaku yang tersayang, anakda mu hendak ke perantaun.nanti kita bercerekarama lagi ye' adira mula membuat perangai loyar buruknya..'banyaklah kamu punya perantaun, papa suruh kerja dengan papa tidak mahunya,nak cari pengalaman konon. dah setahun kerja.mama tak nampak pun. peningkatan kamu.
            .alaaaa.. mamaku yang tercintai.. nanti ye.. kalau dira dah bersedia dira kerja dengan papa. ok. dira janji.. tapikan bukan sekarang la.. masih dalam dunia baru.. emmm..... takpelah mama dira pergi dulu. assalamualaikun,
'waalaikummusalam. jawab pn linda dan encik haidar serentak sambil tangan mereka menyalami tangan addira zulaika.
            'adira zulaika memandu kereta pinkinya tersayang menuju ke  tempat kerja. kni rutin harian telah berputar 
sampai sahaja . dia memletakkan kereta di tempat yang disediakan. selepas itu dia menuju ke tempat dimana dia akan mecari rezeki . dalam masa yang sama kereta pouget yang berwarna putih melintasi dekat dengan dirinya sehingga membuatkan dirinya hampir terjatuh ...
            'YA ALLAH. huuu.. hidup lagi aku, gila punya kereta bersamaan tuannya yang  membawa. mahu mati katak aku hari ni . selamat tak luka. tak pasal-padal masuk icu aku hari nie.marah gadis itu.adira zulaika membetulkan bajunya serta rambut. lalu dia meneruskan dentinasinya
             'pagi dira'sapa akak ain yang merupakan pekerja yang paling setia berkerja disitu. sebelum dia kawin hingga sudah bersuami.'pagi akak' jawab adira zulaika sopan sambil kakinya laju menuju ke arah meja untuk melakukan kerjanya .'akak, dira nak tanya ni? mana anum dengan nadiah, tak namapk pun dari tadi bukan ke mereka yang slalu datang awal 'soalan adira apabila melihat rakan rapatnya tidak kelihatan.
            'entah la dira, akak pun tak nampak, kejap lagi sampailah'jawab akak ain yang sibuk dengan tugasannya.adira   zulaika hanya menganguk faham. lalu dia meneruskan kerjanya.

            shahir zawawi menarik nafas lega. kini dia sudah berada di tempat tanah airnya, tempat tanah tumpah darahnya. terlalu lama dia berada di luar negara, rindu benar dia pada tempat yang bertahun-tahun ditinggalkan atas dasar melanjutkan pelajaran. dia merenggangkan sikit badannya yang berasa sengal kerana berjam masa yang diambil untuk tiba di kuala lumpur. dia menarik beg rodanya untuk mendapatkan teksi.
            belum sempat dia hendak menahan teksi. matanya bulat memandang sebuah kerana pouget yang tidak jauh daripadanya. dia mengosok-gosok matanya mungkin bukan realiti. namun benar.keretanya yang ditinggal selama 5 tahun itu. kelihatan agak kotor. dia mula berasa beran. namun pada masa yang sama dia pelik macammana 'bini' dia boleh berada disini.
           'hello my loving brother.ape khabar sihat'. terdengar suara halus . suara yang selalu menlahir gelak-tawa dan suara itulan yang menjadi jiwanya terbayang masa bersama sebelum dia menjejak keluar mencari pengalam baru.'yes my loving sister, i am fine, jawapnya kepada adik yang tersayang. seraya merangkul bahu adiknya. namun pantas shahila zawani menolak.'orang dah besarlah, tepilah.' dia membetulkan kedudukkannya.
           'yelah, besar sangat sampai senang abang, nak tengok, terlampau besar'shahir zawawi berjenaka.'hello, jangan nak merepek pula, dahlah jom balik jumpa, mummy and dadddy' shahila zawani menjawab, sebenarnya dia mahu cepat pulang. kalau dilayan sangat abangnya nanti menjadi-jadi pula.
           'haaa..... tapikan.....' dia melihat adik dengan perasaan marah.habislah aku, kena marah sebab bawa bini dia.gomel shahila.'kenapa kereta abang ila bawa, mana kereta ila, tengok dah comot kereta abang, ila ni tak pandai tau nak jaga kereta. teruk!!!!... colour pun dah pudar.. pot pet pot pet.....
           'YA ALLAH. menyesal aku bawa kereta dia, kalaulah kereta aku tak rosak dah lama aku bawa dan kalaulah daddy tak suruh ambil, tak hingin aku nak ambil, aku dah agak dah, mesti kena marah. apalah nasib aku ni. macamlah kereta ni bini dia. kalau dia ada bini pun. nanti bini dia menyesal tak shudah kawin. asyik dengan kereta je. shahila mengomel lagi geram sungguh dia dengan perangai abang dia. boleh lupakan adik kandung sendiri demi kereta yang tak wujud nie...
           'abang dah lah, telinga ila dah menanah dengar ceramah abang yang tidak dibayar, nantilah kita borak, ila penat nie. jawab ila apabila bosan dengan abangnya.'pandailah ila ubah topik,nak lepas diri pula, sekarang abang nak tanya , sape nak tanggu jawab dengan kereta abang ni. kotor tahu tak, menyesallah abang tinggal kunci kat sini, habis kereta bang' shahir berbicara pilu. habis dideranya kereta kesayangannya.
           shahila zawani mengaru kepala yang tidak gatal, memang dia akan jadi mangsa untuk mencucikan kereta abang. abang dia pelik sikit tak mahu di hantar keretanya ke tempat basuh kereta. katnya tak suci, tak bersih. banyak sungguh alasan yang akan diberikan. Sedang ia mengambil jalan yang senang menyesalkan masalah.
          'yelah, nanti ila basuhkan kereta abang, dahlah jom  balik, ila nak balik.''betul ni, huh.... pastikan bersih tahu, jangan cuci kuat sangat gosok lembut-lembut.pastikan guna sabun yang berkualiti sikit. masa tengah cuci. lap betul-betul tau. bla...bla...bla....
         'ye...... ila faham, dahlah jom, takkan abang nak berdiri tengak kat situ macam menyanyi lagu negaraku. jomlah. abang nak drive tak.'emmm... boleh gak.. bah sini kunci.. lama juga abang tak drive rindu pula.shahila zawani membalingkan kunci kepada shahir zawawi . shahir zawawi menyambutnya dengan kemas. lalu dia masuk ke dalam kereta mehidupkan enjin.
         shahila terkebil-kebil melihat abangnya. dia hanya menjongketkan bahu, lalu masuk ke dalam kereta.'oit..oit...oit..' beg kat luar sape nak masukkan'tanya shahir bila begnya masih berada diluar.'apenya, abang ambillah sendiri,beg abangkan. bukan beg ila' jawab shahila zawani
         'haiii.... minta tolong pun tak boleh ke,tolonglah abang.penatlah.please!!!!!!!!... shalila zawani melepaskan keluhan lalu dia keluar dan menyimpan beg tersebut.'thank... ni yang abang sayang kat ila.nanti abang belajar ila ais krim. 'yelah.. bawa bininya boleh pula, tak penat. nak angkat beg penatlah.......' hhuh... shahir hanya tersenyum lalu laju dia memecut keretanya pulang. tak sabar berjumpa insan yang sangat dicintainya serta dirinduinya.

No comments:

Post a Comment